Gerakan Kempen Kesedaran mengajak anda untuk bersama-sama menentang Zionisme. Jangan biarkan mereka menjajah kita dengan cara hidup mereka. Kempen pertama ialah dengan Berhenti Merokok. Bagaimana mereka boleh menjajah kita? dengan cara apa? Apa pula kaitan rokok dengan Zionisme? Mari sama-sama kita cari maklumat dan kongsikan. Sila salin poster ini dan letakkan di laman blog anda atau laman sosial anda. Artikel sokongan akan menyusul.

Ayuh bangkit!

Anda Merokok? Mahu Begini?

Posted: August 11, 2010 in Zionisme dan Rokok

Sayangilah diri sendiri. Sayangilah..

Dengan sarikata bahasa Melayu

Dengan sarikata Bahasa Melayu

Di dalam episod pengenalan ini, video ini telah mengingatkan kita akan kedatangan Dajjal yang akan muncul kelak. Nabi-nabi ‘alaihi solaatu wassalam telah mengingatkan umat-umat mereka mengenai kedatangan Dajjal. Begitu juga junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam.

Mungkin kita tidak sedar yang sebenarnya terdapat kaum, bangsa  dan agama lain yang juga mengetahui kedatangan Dajjal. Ada yang takut. Bahkan ada juga yang menantikan kedatangan Dajjal. Buktinya adalah seperti pembinaan piramid dan lain-lain, yang pembinaannya bermula dari zaman dahulu hingga sekarang.

Persoalannya, apakah yang mengaitkan ini semua dengan Dajjal Laknatullah? Ikuti video yang berikutnya.

Gambar dari sini. Blog yang menarik untuk dilawati.

Petang itu, aku dan teman bersiar-siar di tepi pantai. Melihat mentari senja yang memerah sambil menghirup aroma asin angin laut. Tiba-tiba rasa terganggu. Asap rokok berkepul-kepul berarak ke arah kami. Terganggu, kami membuka langkah untuk berlalu ke tempat yang lebih bersih udaranya.

“Tahu tak.” sapa teman. “Ada satu berita melaporkan, remaja perempuan sekarang lebih terdorong untuk merokok ketika mengandung. Kerana mereka percaya rokok boleh memudahkan proses bersalin.”

“Benarkah?” Dalam terkejut. Masakan rokok yang bagi aku tiada faedahnya itu bisa mendatangkan kebaikan?

“Iya lah. Rokok boleh merencatkan pertumbuhan janin. Janin tidak dapat membesar dengan baik, saiznya akan menjadi kecil. Maka mudah untuk para ibu bersalin.”

“Eh, mana boleh begitu? Pastinya ada kesan sampingan yang lain terhadap bayi. Mungkin cacat, mental atau fizikal?”

“Iya, tidak dinafikan. Rokok sekadar memberi kesenangan dalam jangka masa pendek. Tetapi dalam jangkamasa panjang, banyak lagi perkara yang perlu difikirkan. Tumbesaran anak tersebut yang akan menghadapi banyak masalah kesihatan dan si ibu sendiri, adakah sanggup untuk menjaga anak yang tidak sempurna. Sakit bersalin pun tidak mahu tahan, apatah lagi sakit mahu membesarkan, kan?” sambung teman.

Pulangnya kami dari pantai, meninggalkan aku berfikir sendiri.

Protokol 9 [Dari Protokol Yahudi]

Kita berjaya memperbodoh dan merosakkan golongan muda bukan Yahudi dengan menenggelamkan mereka di dalam pelbagai prinsip dan teori yang sememangnya kita ketahui sebagai dusta dan palsu yang disuburkan dan sebarkan ke dalam minda mereka. Kita tidak perlu mengubah atau meminda undang-undang yang sedia ada, tetapi memadai dengan memutar belitkan interpretasinya supaya wujud percanggahan dan kekeliruan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada mereka sendiri.

Kenapa rokok? Teringat aku sebuah petikan di HaluanPalestin [Moga Allah merahmati semua aktivis HaluanPalestin] yang berkata:

Yahudi menganggap bangsa mereka sebagai pilihan Tuhan dan boleh melakukan apa sahaja untuk membunuh manusia bukan Yahudi. Selain menjadikan kebuluran, wabak penyakit HIV/AIDS dan peperangan sebagai alat untuk membunuh, rokok juga menjadi salah satu ejen untuk mencapai cita-cita mereka. Walaupun wang dan kekayaan menjadi agenda utama, bisnes rokok lebih cepat memberikan kekayaan dan pada masa yang sama dapat membunuh secara senyap.

Gerakan Kempen Kesedaran [GKK: Lawan Zionisme]. Untuk maklumat sila klik sini.

Rokok dan Zionis

Tahukah kalian, siapa pengeluar terbesar rokok di dunia? Merekalah Philip Morris. Bermula sebagai kedai tembakau pada 1847 di Bond Street, London, kini Philip Morris menjadi syarikat nombor satu bagi pengeluar makanan di Amerika Syarikat, penjual keju yang diproses dan pengeluar rokok. Ia juga menjadi syarikat makanan kedua utama di dunia dan ketiga bagi bisnes gula-gula.Pusat operasi syarikat pengeluar rokok utama dunia ini ialah di Henrico County, Virginia, Amerika Syarikat.

Pengurusan Philip Morris diketuai oleh Michael Szymanczyk, juga seorang Yahudi dari Philip Morris Amerika Syarikat (AS). Kaitan Zionis dan bisnes rokok semakin akrab dan melibatkan rangkaian pelobian yang sangat kukuh. Setiap kali pilihan raya presiden AS, kita didedahkan kaitan calon presiden dengan pelobi-pelobi Yahudi. Siapakah pelobi-pelobi itu?

Center for Public Integrity, AS mendedahkan bahawa Atria Group [nama baru Phillip Morris yang ditukarkan pada tahun 2003] membelanjakan hampir US$101 juta untuk melobi kerajaan AS dari 1998 hingga 2004, menjadikannya organisasi kedua paling aktif melobi di negara itu.

Teringat aku, ketika menjalani latihan praktikal di Tingkat 4, aku rasa, dari 150 orang kakitangan, mungkin hanya 3 orang yang tidak merokok. Yang pasti, terlalu ramai rakyat atau lebih tepat ummat Islam merokok. Perkara yang amat merisaukan, selain ia bertentangan dengan agama, bahkan ia juga bakal merosakkan masa depan ummah. Melahirkan masyarakat yang lemah, ketagihan, menderita sakit, tidak kuat. Pastinya senang mereka mahu menakluk dan mengawal umat Islam. Na’uzubillah..

Kredit untuk HaluanPalestin dan Sepaku.net

Artikel ini disumbang oleh blog ini.

Gerakan Kempen Kesedaran: Lawan Zionisme

Posted: June 28, 2010 in Uncategorized
Tags: ,

Salam, kepada teman-teman.

Baru-baru ini kita dihangatkan dengan serangan ke atas bantuan kemanusiaan oleh Israel. Banyak reaksi timbul seluruh dunia. Gerakan Kempen Kesedaran (GKK) diwujudkan bagi menimbulkan kesedaran ummat terhadap kepincangan-kepincangan yang timbul dalam dunia masa kini. Kita melihat kemarahan seluruh dunia terhadap perbuatan Israel, namun kita juga harus melihat lebih dalam lagi sebenarnya mengapa Isreal cukup berani untuk berbuat sedemikian tanpa menghiraukan apa kata masyarakat dunia. Perancangan halus yang tidak kita sedar. Mereka menjajah kita. Penjajahan cara hidup. Kita boleh lihat cara hidup kita kini bukan lagi seperti mana cara hidup yang SEJAHTERA. Ya, cara hidup. Kita tidak sedar kerana CARA HIDUP mereka telah sebati dalam diri kita.

Bagi kempen pertama, GKK mengajak anda untuk sama-sama melawan Yahudi Zionisme melalui kempen berhenti merokok. (Sokong kempen Tak Nak Rokok) Mengapa BERHENTI MEROKOK? Bagaimana mereka menjajah kita dengan rokok? Banyak lagi persoalan yang perlu dirungkai supaya kebenaran bersuara. Supaya kebenaran terlihat di mata kita. Artikel-artikel yang menjelaskan perkara-perkara ini akan menyusul satu demi satu (Menarik untuk dibaca – Mari Demonstrasi Hari-Hari). Namun, sokongan dan usaha rakan-rakan amat diharapkan bagi menentang kebiasaan yang membinasakan. Bersedia untuk dagang!!!

Keluar dari SISTEM mereka, Hapuskan ILUSI palsu yang terbina!!!

Get out of THEIR SYSTEM, Get rid of the ILLUSION!!!

(Kepada rakan-rakan yang baik dalam menulis artikel Bahasa Inggeris dijemput untuk berkongsi artikel anda)

Artikel disumbang dari sini.